Tuesday, June 30, 2009

ISLAM LIBERAL

ISLAM LIBERAL DALAM PETA PEMIKIRAN ISLAM SEMASA[1]
Oleh:
Dr. Mohd Farid Mohd Shahran

Pendahuluan
Masyarakat Islam dewasa ini dikejutkan dengan amaran bahaya fahaman Islam liberal yang tersebar di kalangan sebahagian masyarakat di negara ini dengan kelahiran golongan yang dilihat cuba mentafsirkan ajaran-ajaran agama dari sudut yang longgar, mengutamakan akal dan menyalahi ketetapan-ketetapan yang telah dibuat dalam tradisi ilmu Islam. Dengan keterlibatan wibawa rasmi agama seperti mufti dan kaitannya dengan beberapa isu sosio-keagamaan dan undang-undang seperti sambutan perayaan bersama dan murtad, isu ini kadangkala cenderung bersifat polemik berbanding perbahasan ilmiah. Di kalangan masyarakat awam, lebih ramai yang riuh menyambung sahutan orang lain dari benar-benar membaca dan memahami sendiri mengenai intipati perbahasannya. Tanpa menafikan usaha-usaha yang telah dilakukan selama ini untuk membahaskan persoalan Islam Liberal, penulis berpandangan sekiranya perbahasan yang lebih mendalam serta usaha yang lebih proaktif tidak dilakukan, dikhuatiri ia akan terus menjadi polemik yang tidak terarah dan tidak berkesudahan. Bertolak dari kebimbangan tersebut, kertas ringkas ini cuba untuk melihat isu Islam Liberal terutama dari segi kedudukannya dalam peta pemikiran Islam semasa. Ia diharap dapat sedikit sebanyak memberikan pemetaan umum mengenai kedudukan Islam Liberal serta memberi sedikit pengarahan terhadap polemik yang sedang berlaku.

Tamadun Barat dan Kemodenan Sebagai Punca Persoalan
Lama sebelum Samuel Huntington menulis “The Clash of Civilizations and The Remaking of World Order,” masyarakat Islam telah pun menyedari bahawa Tamadun Barat serta falsafah pemikirannya merupakan cabaran terbesar yang menggugat pandangan hidup agama mereka. Buktinya, sejak dua kurun yang lepas para pemikir Islam telah pun bergelut dengan persoalan hubungan Islam dengan Peradaban Moden Barat dalam penulisan-penulisan mereka. “Few subjects”, kata Prof. Nasr, “arouse more passion and debate among the Muslims today than the encounter between Islam and modern thought.”[2] Walau dalam bentuk apapun wacana pertembungan ini diketengahkan – tradisi vs kemodenan, islah dan tajdid, al-turath wa al-hadathah, al-asalah wa al-mu’asirah, Islam and secularism – kesemuanya merujuk kepada satu inti perbahasan: bagaimana masyarakat Islam dapat mempertahankan tradisi mereka dalam mendepani arus kemodenan yang datang bersama-sama dengan Peradaban Barat. Malah sehingga sekarang, dalam keadaan Barat telahpun mula meninggalkan modenisme dan bergerak ke satu lagi babak dalam sejarah tamadun mereka, iaitu zaman pasca moden, masyarakat Islam, sama ada yang menerima atau menolak, masih lagi bergulir dengan persoalan kemodenan.

Kemunculan Aliran Modenis Muslim
Dalam membahaskan mengenai kesesuaian Islam dengan kemodenan, para pemikir Islam secara umumnya terbahagi dua. Sementara sebahagian mereka meragui keserasian Islam dengan kemodenan justeru tekad mempertahankan keutuhan tradisi, sebahagian lain merasakan satu keperluan bagi umat Islam merubah diri selari dengan arus modenisasi. Memandangkan tumpuan kita dalam kertas ini adalah aliran moden, kita tidak akan menganalisa aliran tradisionalis yang juga merupakan aliran penting dalam peta pemikiran Islam kontemporari.

Abad ke 19 dan 20 menyaksikan kemunculan gerakan modenis di kebanyakan Dunia Islam. Dengan tujuan untuk melakukan pembaharuan dalam pemikiran masyarakat Islam bagi membolehkan mereka menyaingi kemajuan yang dibawa oleh Barat Moden, mereka menyeru ke arah pentafsiran semula sebahagian ajaran-ajaran Islam di atas nama pembaharuan dan pembaikan (tajdid dan Islah). Dalam sejarah, aliran ini biasanya dikaitkan dengan gerakan pembaharuan yang didahului oleh Jamal al-Din al-Afghani (1839-1897) Muhammad Abduh (1849-1905), Rifa’at Rafi’ al-Tahtawi (1801-73), Farid Wajdi (1875-1954), Qasim Amin (1865-1908), Muhammad Ibn Ali al-Sanusi (1787-1860) and Khairuddin al-Tunisi (1822-89). Bermula pada asasnya di Mesir dan Timur Tengah, gerakan ini juga lahir di Dunia Islam yang lain seperti di India dengan kemunculan pemikir-pemikir seperti Sayyid Ahmad Khan (1817-1898), Ameer Ali (1849-1928) and Abul Kalam Azad (1888-1958).[3]

Dua Sebab Asasi
Walaupun ada sebab-sebab keagamaan terhadap kemunculan golongan modenis, penjelasan yang lebih munasabah mengenai raison d’etre mereka kembali kepada dua perkara utama; penjajahan dan kemunduran masyarakat Islam. Yang pertama agak mudah difahami sementara yang kedua dikaitkan lebih lanjut dengan beberapa aspek kehidupan masyarakat Islam seperti ilmu, pendidikan, kefahaman agama, ekonomi dan politik. Kedua-dua masalah ini juga tidaklah terpisah kerana masalah kedua lebih merupakan lanjutan dari masalah pertama. Sementara usaha untuk menguraikan masalah yang pertama berakhir apabila keseluruhan negara-negara Islam merdeka dari belenggu penjajahan, perjuangan untuk mencapai matlamat kedua iaitu membaiki keadaan masyarakat Islam yang lemah berterusan hingga ke hari ini. Masalah pertama, iaitu penjajahan, walaupun secara jasmaniahnya telah bebas dari Masyarakat Islam, telah kembali dalam bentuknya yang baru; penjajahan pemikiran iaitu penerapan nilai-nilai dan falsafah sekular Barat dalam pelbagai badan pendidikan dan kemasyarakatan di negara-negara Islam.

Dua Pendekatan Utama
Disebabkan reaksi kepada dua masalah tersebut datang dalam pelbagai bentuk, pendekatan yang digunakan oleh golongan modenis juga tidak sekata. Antara dua tokoh awal sendiripun iaitu Jamal al-Din al-Afghani (1839-1897) dan Muhammad Abduh (1849-1905), terdapat perbezaan dalam melancarkan agenda pembaharuan mereka. Sementara penekanan Abduh lebih kepada perubahan dalam sistem pendidikan, Afghani lebih berminat dengan pendekatan siyasah dengan pandangan Pan-Islamismenya. Pengikut Abduh sendiri terbahagi kepada dua, yang pertama lebih cenderung untuk meneruskan pemikiran modenisnya seperti Ali Abd Raziq, Qasim Amin, Taha Hussain, dan Hassan Hanafi sementara yang kedua lebih cenderung kepada pendekatan aktivisme dan keagamaan seperti Rashid Ridha, Shakib Arsalan dan Hasan al-Banna.

Walaubagaimanapun, sekurang-kurangnya dua corak utama dapat dilihat dalam kepelbagaian gerakan modenis. Yang pertama lebih bersifat cenderung kepada Barat dan berusaha untuk menghidupkan kembali pemikiran kemajuan (progressive) di kalangan masyarakat Islam agar mereka dapat menyesuaikan diri dan bersaing dengan dunia moden yang dipelopori oleh Barat. Istilah-istilah yang digunakan juga kadangkala diambil terus dari wacana perbahasan di Barat seperti liberalisasi, modenisasi dan emansipasi, kesemuanya diketengahkan bagi menunjukkan bahawa masyarakat Islam masih terbelenggu dengan ikatan tradisi yang mencengkam dan sempit. Matlamat aliran ini ialah untuk mengesahkan keperluan pendekatan moden dalam memahami intipati ajaran Islam. Aliran yang lebih bersifat intelektual ini timbul di peringkat awal dengan kemunculan pelbagai penulisan dalam pelbagai bidang yang fokusnya untuk mentafsir kembali ajaran-ajaran Islam tradisi seperti tulisan al-Afghani mengenai peranan dan fungsi agama, tafsir modenistik Muhammad ‘Abduh, analisa kritis Shibli Nu’mani dan Ameer Ali mengenai sejarah Islam, tulisan Qasim Amin mengenai pembebasan wanita dan kajian semula Ali Abd Raziq mengenai teori politik Islam. Secara umumnya pendekatan mereka diwarnai dengan penerimaan Barat sebagai mercu ketamadunan dunia dan usaha pembentukan semula pemikiran dan pendekatan Islam agar sesuai dengan piawai yang ditentukan oleh Barat.[4]

Sementara bentuk yang kedua dari aliran pembaharuan ini agak bertentangan dengan pendekatan pertama iaitu lebih menunjukkan penolakan terhadap barat. Penekanan mereka ialah untuk pembersihan semula ajaran-ajaran Islam. Reaksi ini timbul dengan premis bahawa umat Islam telah lari dari ajaran yang sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad dan generasi awal. Dengan tujuan mengembalikan masyarakat Islam kepada Islam yang sebenar, mereka juga bersifat kritis dengan tafsiran para ulama tradisi yang bagi mereka telah membawa umat Islam kepada belenggu taqlid. Dengan menggunakan pendekatan aktivis dan siyasah, aliran ini menolak sistem yang dibawa oleh Barat dan berusaha ke arah pembentukan model dan sistem hidup Islam yang tersendiri dengan membawa cogankata penting ‘Islam sebagai Cara Hidup’. Kebangkitan aliran ini ditandai dengan kemunculan tokoh-tokoh gerakan Islam seperti Hasan al-Banna, Syed Qutb, al-Maududi, Mustafa Siba’i dan Abbas Madani. Berbanding dengan aliran pembaharuan yang pertama, aliran yang selalunya digelar oleh kebanyakan Orientalis sebagai fundamentalis atau revivalis[5] ini bermula dengan kelahiran Ikhwan al-Muslimin pada 1928. Matlamat utama aliran ini ialah untuk membina semula sistem kehidupan Islam sebagai satu tentangan kepada sistem sekular Barat melalui insitusi sosial dan politik. Pengaruh aliran ini begitu meluas dan dapat dilihat melalui penyebarannya diseluruh dunia Islam termasuk Malaysia dan Indonesia dengan penubuhan pelbagai gerakan Islam dan parti politik berasaskan Islam.

Kedua-dua aliran di atas walaupun dapat ditelusuri dari punca sejarah yang sama terutama sekali semangat tajdid yang dibawa oleh Muhammad Abduh, akan tetapi mempunyai pendekatan yang bertentangan dan kadangkala berseteru. Yang pertama lebih cenderung kepada Barat sementara yang kedua bersikap keras terhadap Barat. Walaubagaimanapun mereka berkongsi pendekatan yang sama dari segi bersikap kritis dan kadangkala keras terhadap tradisi tetapi dengan tujuan yang berbeza. Yang pertama bersikap kritis terhadap tradisi kerana bagi mereka tradisi Islam menjadi penghalang kepada kemajuan dan kemodenan masyarakat Islam sementara yang aliran kedua bersikap kritis terhadap tradisi kerana mereka merasakan banyak perkara yang perlu dibersihkan dari tradisi Islam terutama penambahan-penambahan yang dibuat dalam agama.

Isu utama dalam Aliran Modenis
Antara isu utama dalam perbahasan golongan modenis terutama aliran pertama yang lebih cenderung kepada Barat ialah isu perubahan dalam agama yang juga dikenali sebagai debat tradisi dan kemodenan (al-turath wa al-hadathah). Apakah perkara-perkara yang dianggap kekal dalam agama dan apakah perkara yang berubah dan anjal? Apakah peranan persekitaran kamasyarakatan dan sejarah dalam menentukan dogma dan nilai-nilai agama? Adakah semua yang diwarisi oleh masyarakat Islam dari segi ibadah, akidah, nilai dan sistem pemikiran bersifat kekal dan tidak boleh berubah? Golongan modenis sudah pasti menganjurkan perlunya perubahan dalam beberapa aspek kepercayaan dan amalan dalam Islam. Untuk itu ‘tradisi’ iaitu tafsiran yang diberikan oleh ulama-ulama tradisi telah menjadi kritikan utama golongan ini. Hujah utamanya ialah memandangkan Islam bersesuaian dengan setiap masa dan tempat, ia perlu mampu menyesuaikan dirinya dengan ilmu-ilmu moden. Kepada golongan modenis, sekiranya ada pertentangan antara kemodenan dan Islam, bukan kita perlu menolak Islam akan tetapi mentafsirkan ajaran Islam bersesuaian dengan kemodenan.

Modenis Muslim juga berpegang kepada pendirian bahawa ada perbezaan antara Islam yang sebenar dengan Islam yang ditafsirkan oleh ulama-ulama tradisi. Memandangkan sebahagaian besar Shari’ah yang wujud dalam sejarah pemikiran Islam adalah berdasarkan pentafsiran ulama-ulama tradisi, ia tidak boleh dianggap tegar dan tidak boleh berubah. Oleh kerana itu Shari’ah perlu sentiasa dibuka kepada pentafsiran baru bagi membolehkan ia sentiasa segar dan bersesuaian dengan keadaan semasa. Dengan itu juga pintu ijtihad perlu sentiasa dibuka seluas-luasnya. [6]

Jika diteliti, sikap keras golongan modenis ini terhadap tradisi Islam dan juga laungan kuat pembukaan pintu ijtihad yang luas telah secara tidak langsung telah membuka ‘kotak pandora’ yang kemudiannya mengeluarkan lebih banyak aliran-aliran pemikiran yang lebih longgar pentafsirannya terhadap agama. Mereka telah membuka pintu kepada kebanjiran pelbagai golongan yang bukan sahaja berfikiran bebas, malah menolak apa sahaja bentuk kewibawaan agama. Dengan latarbelakang inilah, penulis melihat lahirnya golongan yang dikenali sebagai Islam Liberal yang dibimbangi oleh masyarakat Islam sekarang.

ISLAM LIBERAL: Aliran Pemikiran Terkini
Wacana pemikiran Islam terkini telah melihat kemunculan aliran Islam Liberal yang lebih bebas dalam mentafsirkan sebahagian ajaran-ajaran agama. Berlandaskan semangat pembebasan yang kadangkala diistilahkan sebagai Islamic Protestantism, kelompok ini jelas sedang mendapat tempat dalam wacana pemikiran Islam semasa dengan mencanangkan tujuan pembebasan umat Islam dari belenggu fahaman lama dan cengkaman dominasi tafsiran golongan ulama. [7]

Seperti yang telah disebut di atas, aliran ini mempunyai hubungan yang rapat dengan aliran modenis awal. Charles Kurzman, seorang ahli sosiologi dari Universiti North Carolina dalam bukunya Liberal Islam: A Source Book,[8] berpandangan bahawa idea Islam liberal ini sudah bermula dengan pandangan-pandangan pembaharuan pemikir-pemikir awal Timur Tengah seperti Rif’at al-Tahtawi, Ali Abd Raziq, kemudiannya diteruskan oleh beberapa pengkagum Barat seperti alumni Sorbornne, Hasan Hanafi dan Muhammad Arkoun dan yang lain-lain seperti Faraj Fawdah, Muhammad Said al-Asmawi, Nasr Abu Zayd dan Wahid Raf’at. Tulisan Kurzman ini walaubagaimanapun wajar dipertikaikan apabila beliau juga memasukkan individu seperti Prof. Yusuf al-Qardhawi sebagai liberalis Islam sedangkan al-Qardhawi banyak menghentam pandangan-pandangan liberal pelopor kelompok ini seperti Ali Abd Raziq, Faraj Fawdah dan Abed al-Jabiri.[9]

Disebabkan wacananya yang agresif, tidak hairanlah aliran Islam Liberal ini begitu pantas merebak hingga ke rantau Asia Tenggara. Di Indonesia aliran ini sedang hebat berkembang di atas nama Jaringan Islam Liberal (JIL) serta didokong oleh sebilangan golongan muda dengan laman web yang begitu produktif dan sudah berjaya menguasai pentas-pentas dan wahana penyiaran radio, tv dan akhbar bagi menyebarkan pandangan-pandangan mereka. Kehadiran wacana Islam liberal ini ternyata menimbulkan polemik dan kontrversi yang berterusan di Indonesia. Ini terbukti apabila pemimpin utama mereka, Ulil Absar Abdallah tidak lama dahulu telah diisytihar murtad oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI).

Premis awal pemikiran Islam Liberal ini nampaknya tidaklah bersifat negatif. Seperti golongan modenis, mereka juga menyeru ke arah pembukaan pintu ijtihad dan penyeruan ke arah kefahaman Islam yang terbuka dan progresif dengan tujuan untuk memajukan pemikiran umat Islam. Namun arah aliran fahaman Islam mereka nampaknya berkecenderungan untuk melewati hudud keagamaan apabila mereka menuntut tafsiran Islam yang pelbagai (pluralis) dan subjektif, pemisahan politik dan agama, dan pembebasan dari tafsiran ulama silam. [10] Istilah-istilah yang digunakan dalam wacana mereka juga agak membimbangkan seperti Islam warna-warni, Islam tanpa Shariah, Qur’an edisi kritis dan pengenalpatian akar-akar sekularisme dalam Islam.[11] Dengan mendakwa mereka mengembalikan semangat Mu’tazilah dalam tradisi pemikiran Islam, ternyata kelompok Islam liberal telah pergi lebih jauh dari apa yang dipegang oleh kaum Mu’tazilah sendiri. Malah, mereka juga ingin membangkitkan semangat pencerahan (enlightenment) dan kebangkitan semula (renaissance) sepertimana yang berlaku dalam tradisi Barat. Sementara pengaruh pembaharuan agama Kristian dan aliran Orientalisme terhadap aliran ini, dapat dilihat dari dialog dan perbahasan yang dilakukan oleh ahli-ahli Islam Liberal terutama di Indonesia.[12]

Jika merujuk secara khusus kepada Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia, mereka menjelaskan bahawa istilah liberal yang digunakan bukan sekadar bermaksud kebebasan tetapi juga mempunyai maksud yang lebih cergas dan agresif iaitu membebaskan (liberating).[13] Oleh yang demikian, mereka mempunyai tujuan besar untuk membebaskan masyarakat Islam dari belenggu tafsiran agama yang dianggap sempit. Istilah ‘liberal’ juga merupakan kata sifat yang diletakkan kepada Islam bagi menggambarkan pendirian kepelbagaian (pluralism) golongan ini dan penegasan bahawa Islam adalah terbuka kepada pelbagai tafsiran dan kesemua tafsiran, termasuk tafsiran dari aliran Islam Liberal, adalah sah.

Gagasan Utama Pemikiran Islam Liberal
Berdasarkan kenyataan Jaringan Islam Liberal lagi, antara gagasan penting pemikiran mereka ialah: i) keterbukaan pintu ijtihad dalam pelbagai bidang termasuk dalam bidang akidah dan ibadah. Perkara yang telah diijma’kan oleh ulama juga tidak lari dari sesuatu yang memerlukan ijtihad kembali; ii) penekanan kepada semangat religio etik bukan kepada literal sebuah teks. Ini bermakna sesuatu penyataan dari sumber agama, sama ada al-Qur’an atau hadis, harus dilihat dari persekitaraan makna sejarah dan tujuan ianya diutarakan; iii) kebenaran yang relatif, terbuka dan plural. Ini berdasarkan premis bahawa setiap pentafsiran agama dianggap sebagai ‘kegiatan manusiawi’ yang terkongkong dengan lingkungan sejarah dan keperluan semasa yang berubah-ubah, justru ia akan sentiasa terbuka kepada kesilapan; iv) pemihakan kepada golongan minoriti dan yang tertindas. Maka, atas nama keadilan, golongan minoriti harus dibela. Golongan ini termasuk minoriti agama, etnik, ras, budaya, jantina dll; v) kebebasan beragama dan kepercayaan. Persoalan agama adalah hak peribadi yang harus dilindungi, maka tidak ada pemaksaan kepada sesuatu kepercayaan yang dipilih oleh seseorang individu ; vi) pemisahan wibawa duniawi dan ukhrawi, agama dan siyasah. Agama tidak harus tidak dijadikan nilai yang dipaksa dalam bidang siyasah kerana ia adalah milik perseorangan dan persendirian. [14] Justeru itu, bidang siyasah seharusnya bebas agama. Berdasarkan gagasan-gagasan di atas, misi utama kelompok ini ialah untuk; i) mengembangkan pentafsiran-pentafsiran Islam yang liberal sesuai dengan prinsip yang dipegang di atas; ii) mengusahakan ruang-ruang dialog yang terbuka dan bebas dari tekanan konservatisme; iii) mengupayakan terciptanya struktur sosial dan politik yang adil dan manusiawi.[15]

Kekeliruan Islam Liberal
Kekeliruan yang telah dibawa oleh kelompok Islam Liberal dapat dilihat dari beberapa aspek:
Dengan membuka ruang tanpa had dalam pentafsiran agama dan menganggap kesemua tafsiran ini sebagai benar, golongan ini telah menisbikan pentafsiran agama dan menolak kewibawaan (authority) yang telah sedia terbina dalam tradisi ilmu Islam. Ijma’ dan ijtihad yang telah dilakukan oleh ulama-ulama silam yang telah diterima oleh masyarakat ilmiah selama beratus tahun menggambarkan adanya kelompok ‘ahl al-dhikr’ (experts) dalam bidang setiap bidang ilmu agama yang harus dii’tiraf dan di dekati dengan pendekatan hormat kritis dan bukan penolakan yang totok. Dengan bersikap ‘pushing the limits’ terhadap wibawa keilmuan ini, golongan ini akan terus membuka ruang tanpa had untuk semua semua jenis pentafsiran masuk dan bertindak sebagai wibawa dalam pentafsiran agama. Hasilnya ialah masyarakat Islam telah dididik dengan asas-asas agama yang meyakinkan kembali keliru dan goyah akidahnya.

Adalah tidak nafikan bahawa Islam merupakan agama pembebasan. Islam sememangnya datang dengan misi istiqlal dan hurriyyah untuk membebaskan manusia dari pengabdian jahiliyyah sesama manusia kepada pengabdian yang tulus kepada Allah. Akan tetapi kebebasan yang dianjur oleh Islam bukan dengan cara merungkaikan apa yang telah disusun rapi oleh agama menerusi pentafsiran yang berwibawa oleh ulama-ulama silam. Tajdid dalam Islam mesti bersifat islahi iaitu pembebasan dari keburukan kepada kebaikan. Kita tidak mahu menjadi seperti golongan yang diistilah oleh al-Qur’an sebagai yang membuat fasad akan tetapi menyangka mereka membuat islah:
“Apabila disebut kepada meraka ‘Jangan kamu membuat kerosakan di atas muka bumi. Lantas mereka menjawab, sesungguhnya kami membuat kebaikan. Ingatlah sesungguhnya mereka adalah orang yang membuat fasad akan tetapi mereka tidak menyedari. (al-Baqarah, 2:11,12)

Dalam sejarah Islam juga, seperti yang telah disebut, tidak ada yang dinamakan kelompok otoritarian agama atau clergy yang mendominasi secara sakral kewibawaan agama sebagaimana yang terjadi terhadap masyarakat Kristian sehingga membenarkan gerakan pembebasan yg dilakukan oleh kelompok reformis seperti Lutherian dan Calvinian. Dalam Islam, asas utama dalam pentafsiran agama ialah asas ilmu yang mendalam terutama dalam bidang agama dan bidang-bidang yang berkaitan. Dengan itu, ijtihad bukan monopoli totok kelompok agama dan bukan juga hak semua individu. Ia berkait rapat dengan kewibawaan ilmu mereka yang melaksanakan ijtihad atau pentafsiran agama. Demikianlah ulama dalam Islam dihormati kerana kewibawaan ilmunya dan bukan kesakralan posisinya. Oleh itu, kita khuatir kelompok Islam liberal akan hanya membawa masuk isu-isu palsu (pseudo-problems) ke dalam wacana pemikiran Islam. Mungkin apa yang lebih wajar dilakukan ialah bersikap lebih tawadu’ terhadap ilmu dengan menuntut ilmu dan mempertingkatkan kewibawaoan ilmiah.

Sekiranya kebimbangan golongan Islam Liberal ialah kurangnya peranan akal dalam mentafsirkan ajaran agama, kita harus…

Kesimpulan
Berdasarkan pandangan di atas, kita ingin menganjurkan bahawa tajdid atau islah dalam Islam boleh datang dalam dua makna; pertama membawa pentafsiran yang segar dalam hal-hal keagamaan. Yang kedua, membawa kembali kefahaman umat Islam kepada pemikiran tradisi ulama silam sebelum mempersembahkannya dengan pendekatan yang baru. Yang kedua ternyata lebih berat dan memerlukan usaha yang lebih intensif dari para pemikir modenIslam. Ini juga bermakna usaha yang lebih serius perlu diambil oleh para ulama, intelektual dan reformis Islam kini untuk menggali semula dan mengkaji kekayaan tradidi keilmuan Islam.

Apa Seterusnya? Pelan Tindakan
Adalah menjadi satu sumbangan yang lebih besar kepada agama dan masyarakat Islam secara keseluruhannya sekiranya para ulama dan pemikir Islam kini dapat mencetuskan satu sistesis antara usaha untuk membawa pembaharuan dalam masyarakat dan usaha untuk melakukan kajian semula yang mendalam terhadap tradisi Islam. Berikut adalah cadangan praktikal yang mugkin dapat dilakukan oleh kelompok ulama atau intelektual moden bagi memastikan matlamat tersebut tercapai:
i) Menerbitkan siri buletin berkala dan konsisten yang memperkenalkan idea-idea besar ulama silam dan juga moden.
ii) Menganjurkan seminar dan diskusi ilmu yang serius dalam membahaskan isu-isu penting berkaitan tradisi dan kemodenan tanpa mempertentangkan kedua-duanya.
iii) Menganjurkan kursus-kursus membaca teks-teks penting dalam tradisi Islam di pelbagai bidang keagamaan.
iv) Mengedit serta menterjemah karya-karya agung sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.






Beberapa Pemerhatian Kritis

1. Modenisme sebagai Satu Konsep Falsafah
Oxford Dictionary mentakrifkan modern sebagai ‘sesuatu yang bersifat semasa dan terkini, baru dan sesuai dengan masa sekarang’ (of the present and recent time, new and up-to-date).[1] Sekiranya berdasarkan makna ini kita mampu dengan selesa mengatakan bahawa Islam tidak menolak kemodenan kerana sebagai agama yang bersifat sejagat Islam harus hadir dalam dan sesuai dengan semua zaman dan tempat. Akan tetapi kemodenan bukan sekadar istilah akan tetapi ia merupakan yang membawa bersamanya satu pandangan hidup, falsafah dan sejarahnya tersendiri yang jelas lebih tertutup dan tegar dari segi kandungan ideologinya berbanding makna literal. Dari segi falsafahnya modenisme datang bersama-samanya beberapa ciri penting seperti rasionalisme, sekularisme, humanisme, perubahan sosial dan kemajuan. [16] Beberapa ciri-ciri ini ternyata tidak sejalan dengan pandangan hidup Islam. Ini ditambah dengan hakikat bahawa ide ‘moden’ itu sendiri asalnya merupakan hasil dari tradisi Kristian Barat Eropah.[17] Oleh yang demikian para reformis Islam seharusnya lebih berhati-hati dalam menggarap isu modenisme. Dalam keghairahan mengejar kemajuan, setiap fahaman harus diteliti agar ianya dapat disaring dan akhir benar-benar dapat memberikan manfaat kepada masyarakat Islam.



2. Modenisme dan Tradisi
Tujuan kita menelusuri pemikiran kontemporari Islam bermula dari gerakan modenis abad ke-19 sehingga kelahiran Islam Liberal kini adalah kerana disamping beberapa perbezaan, terdapat jalur persamaan antara gerakan modenis terutama kelompok pertama dan kelompok Islam liberal kontemporari terutama berkaitan sikap mereka terhadap tradisi. Walaupun golongan modenis awal tidak begitu radikal dalam mengkritik tradisi, akan tetapi mereka telah membuka ‘kotak pandora’ untuk golongan liberal Islam kontemporari untuk terus menolak kewibawaan ulama silam. Oleh kerana itulah Kurzman misalnya mengaitkan Islam Liberal kepada tokoh-tokoh modenis yang lebih awal.

Mungkin kerana antara kata kunci gerakan modenisme dan liberalisme ialah perubahan dan kemajuan, maka tradisi yang lebih bersifat tetap dan ‘kaku’ tidak mendapat tempat dalam wacana mereka. Namun, persoalan yang harus ditanya ialah apakah perkara harus berubah dalam konteks masyarakat Islam? Kita bersetuju bahawa berbanding dengan Barat, umat Islam banyak ketinggalan dalam pelbagai bidang kehidupan. Oleh itu banyak perkara yang harus diperbaiki berkenaan dengan keadaan umat Islam. Kita juga tidak menafikan bahwa masyarakat Islam memerlukan perubahan cara berfikir untuk mereka bersaing dengan kemajuan yang dicapai oleh Barat. Tetapi ini tidak bermakna mereka harus mengenepikan tradisi silam untuk mereka mencapai matlamat tersebut. Ini kerana bukanlah disebabkan kandungan pengajaran yang telah diberikan oleh ulama silam yang bermasalah akan tetapi cara memahami tradisi yang sebenarnya bermasalah. Sekiranya ada ulama-ulama sekarang yang silap dalam menyampaikan isi kandungan tradisi Islam yang harus ditolak ialah cara pengajarannya dan bukan tradisi Islamnya.

Persoalan yang lebih penting, sudahkah kita meletakkan usaha yang bersungguh dalam mempelajari, mengkaji, dan menganalisa khazanah ilmu dalam tradisi kita yang lepas? Sekiranya premisnya adalah kerana pemikiran tradisi lapuk dan ketinggalan zaman, persoalannya adakah semua persoalan kontemporari dan moden yang dihadapi oleh Masyarakat Islam sekarang secara keseluruhannya adalah masalah yang baru sehinggakan kita tidak perlukan panduan dari tradisi keilmuan Islam? Adalah satu yang menarik sekiranya kita mengetahui bahawa banyak persoalan-persoalan falsafah yang telah diserang oleh al-Ghazali dalam karyanya Tahafut al-Falasifah hampir seribu tahun yang lalu telah menjelma kembali dalam wacana pemikiran Barat sekarang terutama dalam bidang falsafah sains. Misalnya teori evolusi, dan Big Bang yang premis falsafahnya tidak banyak berbeza dengan teori Emanasi Greek, atau perbahasan Quantum Fizik yang mempunyai banyak persamaan dengan teori atom (jawhar dan ‘arad) dalam ilmu kalam abad ke-9 dan 10? Dari segi ini tradisi ilmu silam seharusnya menjadi peluang kepada masyarakat Islam Moden dan bukannya ancaman atau bebanan sejarah. Penguasaan terhadap tradisi merupakan nilai tambah yang memperkaya khazanah intelektual dan bukannya sebagai satu kelemahan dan petanda kekolotan.

3. Perbezaan Nasib Sejarah
Memandangkan wacana modenis Muslim kelihatan agak bersifat reaktif terhadap apa yang berlaku di Barat, adalah penting untuk diingatkan agar mereka tidak terjebak ke dalam perangkap Barat, iaitu dengan terikut-ikut pengalaman mereka berhadapan dengan tradisi keagamaan mereka. Apa yang berlaku di barat terutamanya reaksi keras mereka terhadap institusi keagamaan mereka tidak semestinya perlu berlaku juga kepada umat Islam untuk mereka bergerak maju. Ini kerana Islam mempunyai nasib sejarah yang berbeza dengan Kristian Barat dan sebahagian besar sebab-sebab yang menjadikan Barat sepertinya sekarang sebenarnya tidak wujud dalam konteks sejarah Islam. Sebagai contoh, tradisi ulama Islam tidak sama dengan Gereja Ortodoks Kristian yang mendominasi doktrin agama dan mendakwa sebagai wibawa dan pemilik mutlak keselamatan di akhirat (salvation). Para reformis Islam, oleh itu, tidak perlu merasakan bahawa mereka adalah golongan Protestan Islam yang perlu bangun untuk meruntuhkan kelompok ortodoks kerana tidak ada sebenarnya monopoli dogma dalam konteks ulama tradisi Islam, juga tidak ada dakwaan mengenai pemilikan jaminan ke syurga.

Tradisi keagamaan Islam sejak dahulu berasaskan ilmu. Para ulama silam telah membina kerangka besar Ilmu Islam yang sentiasa perlu dipelajari, dikaji dan di nilai dengan wajar. Oleh itu, khazanah ilmu mereka seharusnya di dekati dengan penuh rendah diri dan hormat walaupun dengan pendekatan yang kritis, bukan dengan mengenepikan atau meninggalkan mereka. Konsep ‘adab’ inilah yang menjadi antara ciri utama tradisi ilmu Islam yang tidak terdapat dalam tradisi Barat. Oleh yang demikian tugas para reformis Islam sebenarnya adalah lebih berat dan memerlukan jihad intelektual yang besar.



























[1] Dibentang dalam ‘Seminar Ajaran Sesat (Aliran Pemikiran Islam Liberal) Peringkat Negeri Selangor pada 23 September 2006 di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam. Kertas kerja ini juga merupakan pengubahsuaian dan penambahan dari kertas kerja penulis yang bertajuk Aliran Pemikiran Islam Kontemporari yang telah dibentangkan di Seminar Islam dan Cabaran Semasa 2005’ anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) pada 16 Julai 2005 di Golden Straits Villas Beach Resort, Port Dickson.
[2] Seyyed Hossein Nasr, Traditional Islam in the Modern World (Kuala Lumpur:Foundation of Tradisional Studies, 1988), 97.
[3] Untuk penjelasan lanjut mengenai aliran modenisme Islam, lihat Fazlur Rahman, Islam, edisi 2 (Chicago:University of Chicago Press,1979), 212-34; Mazheruddin Siddiqi, Modern Reformist Thought in the Muslim World (New Delhi: Adam Publishers and Distributors, 1993); Maryam Jameelah, Islam and Modernism (Lahore:Muhammad Yusuf Khan,1977); Seyyed Hossein Nasr, Tradional Islam in the Modern World(Kuala Lumpur:Foundation for Traditional Studies,1987),75-115; Mansoor Moaddel, Kamran Talattof, Contemporary Debates In Islam:An Anthology of Modernist and Fundamental Thought (London:MacMillan Press, 2000) Mansoor Moaddel, Kamran Talattof, Contemporary Debates In Islam:An Anthology of Modernist and Fundamental Thought (London:MacMillan Press, 2000).
[4] Mansoor Moaddel, Kamran Talattof, Contemporary Debates In Islam:An Anthology of Modernist and Fundamental Thought (London:MacMillan Press, 2000),p.3-4.
[5] Contemporary Debates In Islam, 6; Rahman, Islam, 222.
[6] Antara isu yang lebih khusus dibahaskan ialah: Fiqh dan hubungannya dengan ilmu-ilmu rasional; hubungan antara Islam dan politik; ide tamadun, ciri-ciri masyarakat barat dan hubungannya dengan konsep-konsep Islam seperti Darul Islam and Darul Harb; jantina dan status wanita; penolakan taqlid dan keperluan ijtihad dan kebebasan berfikir; rumusan semula doktrin Islam bersesuaian dengan pemikiran moden; hak Asasi manusia dan hak beragama; pluralisme dalam kefahaman agama.

[7] Lebih lanjut mengenai debat Liberal Islam, lihat Adnin Armas, Pengaruh Kristen-Orientalis terhadap Islam Liberal:Dialog Interaktif dengan Jaringan Islam Liberal (Jakarta:Gema Insani Press,2003).
[8] Buku Charles Kurzman, Liberal Islam: A Source Book (Oxford University Press,1998) merupakan buku yang menjadi asas perbahasan Islam Liberal.
[9] Untuk pandangan Yusuf al-Qardhawi mengenai Kemodenan dan Tradisi , lihat karya beliau al-Thaqafah al-‘Arabiyyah bayna al-Asalah wa al-Mu’asirah, terjemehan Ahmad Nuryadi Asmawi di bawah tajuk Wawasan Islam:Antara Keaslian dan Kemodenan (Selangor: Thinker’s Library, 1996).
[10] Mohammad Nasih, Memahami Konsep Islam Liberal, Jaringan Islam Liberal, http://www.islamlib.com/id/page.php?page=article
[11] Lihat perbahasan mengenai asas-asas Islam Liberal di Indonesia dalam hhtp://islamlib.com/REDAKSI/tentang.html
[12] Dialog ini dirakamkan oleh Adnin Armas dalam bukunya Pengaruh Kristen-Orientalis terhadap Islam Liberal:Dialog Interaktif dengan Jaringan Islam Liberal (Jakarta:Gema Insani Press,2003).
[13] hhtp://islamlib.com/REDAKSI/tentang.html.
[14] Ibid.
[15] Ibid.
[16] Mazheruddin Siddiqi, Modern Reformist Thought in the Muslim World (New Delhi: Adam Publishers and Distributors, 1993), 1-2; Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam and Secularism (Kuala Lumpur:ISTAC,1993),33-7. Lihat penjelasan lanjut Prof. al-Attas mengenai sejarah sekularisasi di Barat dan hubungannya dengan modenisme dalam karya ini.
[17] Robert B.Pippin, Modernism as a Philosophical Problem (Oxford:Blackwell,1991), p.17.

Monday, June 29, 2009

Friday Khutbah delivered in IIUM Mosque on the 22nd Mei 2009

THE SUPREMACY OF KNOWLEDGE

By: Dr Mohd Farid Mohd Shahran

Having heard the few verses from Surah Al-Alaq which I have read, it is interesting to find out the reason why the very initial verse of the Quran revealed to prophet Muhammad s.a.w is in the form of command to read. Is it that reading will make us knowledgeable and well-informed persons. Or is it that the ability to read will enhance our state of living through the rise of literacy rate in our country which will add to the fulfillment of becoming a so called developed country. Ironically, as far as religion is concerned, there were a lot of people, having read a lot of books, end up becoming an atheist and agnostic of God. We read for example the case of Bertrand Russell, in the case of Christian religion, a great modern philosopher and mathematical logician, who later on wrote his famous book, Why I Am not a Christian expounding his atheistic arguments. His debate with Prof. Coplestone, one of the famous writer of history of western philosophy who is also a priest, regarding the existence of God, is also well recorded. The same goes with the German famous 19th century philosopher Frederich Nietzche who has declared that God is dead in one of his book, Thus spoke Zarathustra.

Thus, it is clear in this case that the act of reading alone does not necessarily contribute to the salvation of man as far as religion is concerned. Even the Jews, according to some interpretations, were called Ahl-al-Kitab (the people of Book), not only because they were given Book of revelation by God but also because of their extreme obsession of reading the result of which led to their disobedient of God. The Qur’an regards them like the donkey that is carrying huge books yet did not understand and profit from it. (ka mathali al-himari yahmilu asfara)
Hence, when God enjoins reading through the word Iqra’ in the Quran, it is not merely because of the act of the reading alone, but more importantly, it refers to the true knowledge that we gain out of the act of reading. This is also the very reason why the verse in surah al-‘Alaq continues with the phrase bismirabbika ‘llazi khalaq to read in the name of your God who creates which means to read with the deep consciousness of the existence of God who have created us. Fakhr al-Din al-Razi in his Tafsir, Mafatih al-Ghayb when interpreting this verse, says that to read in the name of God is to make the readings and the action that follows totally for the sake of God.
At any rate, the more important message underlying this verse is the recognition and affirmation of Islam on the supremacy of knowledge. Hardly we could find a religion other than Islam, which have given great emphasis in seeking knowledge. Islam, through the saying of the Prophet has made it obligatory to all muslims. In the Quran, the word ‘ilm either in the form of ma’rifah or nakirah occurs nearly 800 times, the third most quoted terms after the word Allah and Rabb. In many other places in the Quran, the importance of knowledge has been emphasized by God through other relevant words and phrases such as afala ta’qilun (Have you not understand), afala yatadabbarun (Aren’t you reflecting), Afala yubsirun (Do not they see), la’allakum tatafakkarun (In order that you may think).
In contrast when God humiliate and condemn a person, the Quran uses the words which are opposite to knowledge such as jahilun (ignorant), ghafilun-179 (heedless, forgetful), safahan (folly or thoughtlessness) (6:140), zalimun (3:140)- which originally means those who are in the dark, without light (nur) and nur is metaphorically means knowledge. All these negative terms, in one way or another connote the meaning of man with the absence of true knowledge. It is also interesting to find out that in the Quran, the term ‘ilm when it occurs with the definite noun (alif and lam- ma’rifah), it always refer to the knowledge of God or the religious knowledge.
And just ponder how great is the impact of these verses to the heart of the early Muslims. The Quranic motivation of knowledge did not take more than 200 years to generate a tremendous force in the heart of the early generation of Muslim to seek and acquire all kinds of knowledge at that time. They explored every inch of the earth to quench their thirst and passion for knowledge driven by their strong realization the obligation to seek knowledge. Towards the peak of the Islamic civilization, the history records the shifting of the intellectual centre, the qiblah of knowledge from Constantinople in Rome to Baghdad in Iraq. From that point of time, the authority of knowledge was in the hand of Muslims. Islamic civilization has produced greatest minds the history has ever witnessed.
By quoting these historical facts, some of us might view that we are only evoking the rosy pictures of our past civilization, hence become too romantic with the tradition and our glorious history. Mind you that we Muslims can still reach at the same level of civilization of knowledge as in the past if we really understand the strong message of knowledge conveyed by the Qur’an especially through the verse Iqra’ that we have read. To most of us in this university who are dealing with knowledge either in teaching or learning it, if we are intimate with the biographies and great works by our scholars in the past, there is nothing that can stop us from being spirited and motivated through their great ideas. To get a glimpse of the passion of knowledge shown by our great scholars of the past, let me just read an example of the intellectual life of Ibn Sina, a great Muslim philosophers of the early 11th century, as he himself wrote in his auto biography. I quote:
“(When I was a teenager) I dedicated myself to learning and reading…During this time I did not sleep completely through a single night nor devote myself to anything else by day…and because of some problem which baffle me, not being able to solve the problem, I used to visit the mosque frequently and worship, praying humbly to All-Creating until he opened the mystery of it to me and made the difficult seem easy. At night I would return home, set out a lamp before me and devote myself to reading and writing. Whenever I feel sleepy and weak, I would turn aside to drink a cup of juice, so my strength would returned to me. Then I would return to reading. And fall asleep, I would see those very problems in my dream, and many questions become clear to me in my sleep. I continued in this until all the sciences were deeply rooted within me and I understood them as far as is humanly possible. Everything I knew at that time is just what I knew it know, I have not added anything to it to this day. So when I reached the age of 18, I was finished all the sciences available in this day.
Ibn Sina continued to say in other places, “In my neighbourhood, there was a man named Abu Hassan, who asked me to compose a comprehensive work on these sciences. I wrote a compilation for him and give his name to it, including all sciences in it, except mathematical science. At that time I was only twenty one years old. Also in my neighbourhood, there was a man named Abu Bakar Al-Baraqi, a lawyer, he was a distinguished in jurisprudence, Quran commentary and ascetism. He then asked me to comment on these sciences, and so I wrote for him the commentary in about 20 volumes which later he only possess with his own and has not loaned it to others or to be copied.
This is a typical example of an intellectual life of our Muslim scholars which has ultimately formed our great civilization of knowledge in the past. We can continue to enumerate endless glorious stories of our scholars in the past but this is not the occasion to do so.
Why this great emphasis on knowledge in Islam? It is because knowledge in Islam is the way to seek the truth which is ultimately lead to knowledge of God. Truth in Islam is something real and attainable in contrast with the claims of many western philosophical movements under the name of relativism and skepticism are trying to expound the skeptical and sophistical idea that the ultimate knowledge cannot be attained. Everything that we know, according to them, is mere perspective and subjective experience. Contradicting them, Islam through the decisive proofs put forward by the Muslim theologians affirmed that in Islam the ultimate truth knowledge could be attained. As a matter of fact, the ultimate truth in Islam is knowledge of God (al-Haqq). The attainment of truth also means the attainment of the highest level of Iman which is also the sign of the true happiness in Islam. Al-Ghazzali, in kitab Ajaib al-Qalb states that:
“Knowledge is man’s goal and a special attribute for which he was created. (al- ‘ilm huwa maqsad al-insan wa khasiyatuhu allati li ajlihi khuliqa). Man is distinguished from animals by his knowledge of things as they are. The creator of things is God. Therefore, whoever does not know God, even though he knows everything, it is as if he knows nothing. Thus the best knowledge is the knowledge God, His qualities and His acts. In this knowledge lies man’s perfections (sa’adah) of his happiness.”
The above saying of al-Ghazali at least remind us that, not all knowledge will lead to the truth and more importantly, not all people can easily arrive at true knowledge. There are also, according to al-Ghazali, many obstacles in attaining the true knowledge. Five obstacles mentioned by al-Ghazzali which prevent someone from attaining true knowledge.
a. The imperfection of man’s nature, such as the imperfection of the child’s intellect.
b. When man submits to the lusts and desire which finally leads him to the evil deeds.
c. When man deviates from the direction of the truth which is to be sought by forgetting his true aim in life and is preoccupied by the immediate worldly aims.
d. When men hold tight to an opinion which he adheres by means of taqlid which later on becomes a barrier between him and the truth
e. When man is ignorance of the direction in which the aim can be attained.
It is therefore very important for us as seekers of knowledge in this world to remove all these obstacles from our path in order for us to arrive at the true knowledge that will guide to the right path. May God open our heart and include us in those who will receive true knowledge from Him.